 |
Buku 20 Tips untuk Bisnes |
RANGKUMAN 20 TIPS BISNES SIFU AHBA.
01 . # ENERGI GERAK HATI
Dalam perjalanan melayari dunia bisnes, anda akan sentiasa berhadapan dengan situasi yang menuntut anda untuk membuat sesuatu keputusan dengan pantas dan cepat. Dalam keadaan seperti ini, kekuatan GERAK HATI adalah satu elemen penting membantu anda untuk membuat keputusan setelah mengambil banyak aspek.Berfikir dengan akal serta membuat keputusan dengan GERAK HATI.
02. # MODAL ILMU VS MODAL WANG.
Berniaga memerlukan dua jenis modal, iaitu MODAL ILMU dan MODAL WANG. Orang yang berilmu boleh membuat wang, namun orang yang mempunyai ilmu dan wang boleh menggaji lebih ramai orang yang berilmu untuk bekerja dengannya serta membuat lebih banyak wang.
03. # BERMULA TERPAKSA VS BERMULA SUKARELA.
Bermula secara sukarela dalam bisnes lebih mempunyai roh dan energi yang berterusan berbanding bermula secara terpaksa. Rahsia usahawan-usahawan berjaya apabila mereka gembira menikmati setiap detik waktu perjalanan bisnes yang mereka lakukan.
04. # MESTI BERMULA VS MAHU BERMULA.
Dalam hidup kita sering melalui mana-mana situasi baru bermula. Begitu juga dalam dunia bisnes. Mengambil keputusan untuk bermula adalah lebih tepat daripada menconggak-conggak bila detik masa yang sesuai untuk bermula. Tarikh yang baik untuk memulakan sesuatu ialah pada setiap 1 Januari atau 1 Julai. Rasionalnya anda akan mudah mengingat atau menghitung jejak waktu anda bermula tatkala anda sudah berada di hadapan.
05. # CEO VS COE
Chief Eksekutif Officer ( CEO ) adalah status yang menjadi idaman ramai yang bergelar usahawan. Namun ramai yang tersilap bahawa CEO seharusnya menjadi COE ( Chief Of Everything ). Dalam bahasa yang mudah difahami seseorang pemilik bisnes yang dia jalankan seharusnya perlu tahu banyak perkara tentang perjalanan bisnes yang diusahakannya. Berkaitan kewangan, Operasi dan pelbagai perkara yang berkaitan. Dengan penguasaan banyak perkara yang berkaitan, anda akan mudah menguasai situasi yang sukar dijangka semasa mengemudi bahtera bisnes yang sememangnya sukar diramal.
06. # STAF ANGGOTA VS KAKITANGAN
Tidak kira apa skala bisnes anda. Transformkan istilah kakitangan atau pekerja syarikat kepada istilah " staf anggota " Istilah staf anggota lebih menzahirkan energi anggota fizikal yang ada pada diri semua staf anggota terhadap momentum kejayaan bisnes anda.
07. # MEMBIBIT BUDAYA BISNES
Dunia perniagaan bukanlah lanskap kehidupan ramai di kalangan bumiputera. Tanggungjawab menyemai budaya bisnes seawal usia kecil anak anda perlu dilakukan ramai kalangan kita. Salah satu caranya ialah memberi peluang untuk anak-anak kecil anda melakukan sesi pembayaran selepas anda menjamu selera sekeluarga di mana-mana restoran. Pengalaman melalui proses transaksi jual beli mudah ini akan memberi pengalaman berharga bagi mereka apabila dewasa kelak. Apa yang kita capai pada masa kini, adalah cerminan apa yang kita pernah lalui ketika masa kecil "
08. # MARATON BISNES
Dalam disiplin olahraga ada acara jarak dekat dan jarak jauh. Dalam dunia bisnes hanya ada prinsip MARATON BISNES " yang mampu menzahirkan kejayaan. Ramai yang gagal dan kecundang kerana tidak mampu menamatkan perjalanan maraton bisnes yang lazimnya telah dilalui oleh ramai usahawan-usahawan berjaya dalan bisnes yang mereka usahakan. Semakin anda mampu berlari jauh semakin bertambah keyakinan dan kematangan diri untuk mendaki ke puncak yang lebih tinggi.
09. # BERHADAPAN DENGAN MASALAH DALAM BISNES.
Masalah dalam bisnes adalah resepi utama di kalangan mereka yang berjaya. Sama ada besar, kecil sederhana masalah yang anda hadapi. Anda perlu sediakan sekurang-kurangnya tiga plan tindakan semasa berhadapan dengan apa jua masalah. Plan A, B dan Plan C. pilih salah satu mengikut urutan A, B dan C setelah mengambil kira kesan positif dan negatif terhadap bisnes anda. Aplikasikan tips menggunakan gerak hati untuk membuat keputusan yang terbaik setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan di atas.
10. # USAHAWAN ADALAH SEORANG PERAMAL YANG TEPAT.
Usahawan perlu mempunyai keupayaan meramal risiko , kesan dan akibat dalam merencanakan atau mengambil sesuatu keputusan. Keupayaan menggunakan kemahiran imaginasi tahap tinggi membantu energi gerak hati untuk menterjamahkan keputusan yang berkualiti. Minda usahawan yang hebat adalah mampu melangkaui zon masa sebenar bagi menghasilkan kejayaan serta membezakan diri dengan pesaing bisnes yang sedia ada.
Akan bersambung....!!