Wednesday, 3 September 2014

BISNES ADA SENINYA..

As Salam dan salam kejayaan semua. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Agak lama tidak mengupdate info dalam blog Ahba Media. sepanjang awal Ramadan sehingga hari ini. Mood catatan agak sedikit berkurangan untuk menumpukan kepada pengisian Ramadan yang penuh barakah.
Bagaimana pun perjalanan bisnes tetap seperti biasa, tumpuan lebih kepada penstrukturan dalam kedai aHBa Sports sama ada di HQ di Kota Kinabalu dan cawangan aHBa di Pekan Beaufort. Menongkah cabaran dalam bisnes adalah kunci utama untuk kelangsungan bisnes yang diusahakan. Berhadapan dengan kesukaran dan kerenah permasalahan adalah sesuatu yang amat kritikal bagi diri seseorang usahawan. Mengambil keputusan untuk lari dari masalah adalah kesilapan ramai rakan-rakan yang terlibat dalam dunia bisnes. Semakin kita membawa diri untuk mengelakkan dari penyelesaian, semakin meruncing masalah akan menghimpit diri.


Ubat mujarab bagi menyelesaikan masalah dalam bisnes ialah memujuk dan mengagahkan diri serta " budak kecil " yang ada dalam diri untuk bangkit dan menongkah arus. Selebihnya sentiasa  berdoa dan berserah dan bertawakal kepada Allah  S.W.T
aHBa Sports Beaufort Branch
aHBa Sports HQ Likas Plaza Kota Kinabalu.





Kunjungi dan dapatkan kepakaran kami dalam perkhidmatan jahitan logo untuk semua t.shirts, topi, tuala dan pelbagai cenderamata di Premis aHBa.

Amin aHBa. 
Hotline : 019-8033611.
Email. ahba4u@gmail.com

12.20 am
3 sept 2014

No comments:

Post a Comment