Showing posts with label Siri Talk Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Siri Talk Bisnes. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

SEMINAR SENI BIZ 2014 ( SIRI TALK BIZ )

SEMINAR SENI BISNES 2014 


Asalamulaikum w.b.t dan Salam Kejayaan .

PENGENALAN.

Bidang perniagaan atau bisnes adalah suatu bidang yang bukanlah menjadi darah daging di kalangan Bumiputera khususnya di Sabah. Ramai yang di luar sana sentiasa tercari-cari peluang dan bagaimana untuk Mula berniaga. Bagitu juga kepada yang berkerjaya, ingin mencari peluang untuk menambah pendapatan  sampingan.  Masalahnya, ramai yang ingin bermula, tetapi tidak tahu atau kurang tahu bagaimana mahu bermula
.Berniaga tanpa ilmu akan menjadikan seseorang akan mudah kalah dalam perjalanan mengharungi dunia bisnes yang sememangnya penuh liku dan cabaran. Ramai yang boleh mula berniaga, namun berapa ramai yang boleh meneruskan kelangsungan bisnes yang dijalankan. Dalam dunia bisnes terdapat dua elemen utama iaitu :
  
# Mengenalpasti  Bisnes yang ingin dijalankan.
# Memajukan bisnes yang dijalankan.

1. Mengenal pasti Bisnes yang dipilih.
Memilih bidang bisnes yang akan dijalankan adalah sangat kritikal bagi setiap orang orang yang mahu mula berniaga. Kecenderungan ramai orang ialah memulakan bisnes tanpa ilmu. Ilmu bisnes  yang menjadi panduan awal. Memulakan bisnes tanpa ilmu yang betul seumpama meredah hutan tanpa kompas. Berniaga yang mudah ikut-ikutan. Melihat hanya kepada persekitaran sekeliling. 

2. Memajukan Bisnes yang dijalankan.
Apabila sudah memilih bisnes yang sesuai, perkara kedua yang perlu dipelajari ialah bagaimana memajukan bisnes. Ramai yang boleh mula tapi ramai  yang tidak mampu menamatkan MARATON bisnes sampai ke hujung kejayaan. Perkara penting yang dipelajari ialah ILMU PEMASARAN. Kegagalan kedua ialah bila tidak dapat meneruskan kelangsungan bisnes serta memajukan bisnes masing-masing.