Ubat Untuk Bisnes Gagal
Walaupun 9/10 rezeki datang daripada perniagaan...Namun cabarannya juga tetap sama. 9/10 bisnes
juga gagal dan lingkup.
Satu daripada sebabnya adalah GAGAL MENGUASAI PEMASARAN.. Namun begitu,
Jika ANDA masih lagi menghadapi waktu sukar dalam bisnes (walaupun sudah belajar ratusan strategi pemasaran ), berikut adalah item-item penting untuk dinilai semula:
1) Pasaran.
2) Produk.
3) Pemasaran.
1) Pasaran
Sebelum jual produk, kaji pasaran terlebih dahulu.Supaya kita tahu ada permintaan. Apabila usahawan tidak mengkaji pasaran, maka jalan mereka untuk GAGAL lebih pantas Sebab tidak ada sesiapa pun yang perlukan produk kita.
2) Produk
Produk yang terbaik dan selesaikan masalah orang. Ini adalah kata kunci untuk berjaya dalam bisnes. Perkara utama adalah mempunyai produk yang terbaik dari pelbagai sudut. Apabila produk itu bagus dan membantu pasaran, maka bisnes ANDA bakal meletup dan
melonjak ke tahap yang lebih LUAR BIASA.
3) Pemasaran
Kunci MUTLAK dalam perniagaan adalah PEMASARAN. Sehebat mana pun kualiti produk, tetapi jika strategi pemasaran kita 'hampeh' dan tidak berkesan, maka semuanya jadi sia-sia. 90% bisnes gagal kerana tidak menguasai pemasaran.
Berani Berniaga 2013 - Aktifkan Kitaran Duit Bisnes
Tips hari ini simpel sahaja. Adakah ANDA ada berhubung dan membina hubungan yang baik dengan pelanggan sebelum ini? Seperti yang saya maklumkan, database atau data pelanggan adalah ASET EMAS bisnes. Jika ANDA belum menghubungi mereka, berikut adalah beberapa tip mudah:
1) Hantar Surat.
2) Hantar SMS.
3) Maklumkan di Facebook.
Ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan ANDA. Kemudian berikan tawaran eksklusif kepada semua pelanggan ANDA. Beritahu tawaran ini adalah TERHAD dan hanya untuk pelanggan bisnes ANDA yang terdahulu sahaja. Sekali lagi. Buat mereka rasa ISTIMEWA.
Semoga membantu
Berani Berniaga 2013 - Jangan Jual Produk
Tolong jangan jual produk ANDA ! Kenapa saya cakap begini? Sebab pelanggan ANDA akan lari sejauh-jauhnya apabila ANDA mula menjual produk. Siapa yang pernah cuba menjual produk, pasti tahu apa yang saya maksudkan. Jadi apakah jalan yang terbaik? Penyelesaiannya ANDA akan dapat dalam e-mel ini.
Teknik Buat Pembeli "Kamceng"
"Kamceng" adalah perkataan yang seronok untuk gantikan "rapat & selesa". Sebagai usahawan, tugas kita adalah membantu para pelanggan. Caranya adalah berhenti menjual. Apa yang perlu Anda lakukan adalah:
1) SHARE. Not sell. ( Berkongsi bukan menjual ).
2) Apabila bercerita dengan pelanggan, cerita bagaimana Anda boleh membantu mereka. Sebagai contoh, katakan Anda ada bisnes Takaful. Cara biasa orang-orang takaful bercerita tentang produk mereka adalah: "Saya adalah agen takaful." .
Kemudian pelanggan terus lari. Skrip Jualan "Kamceng" Untuk membuatkan pelanggan jadi terus "kamceng" dengan kita, gunakan strategi berikut:
"Boleh saya bantu En. Ramli ( contoh ) untuk selamatkan seluruh keluarga En. Ramli supaya tidak hidup miskin, apabila En. Ramli sudah pergi meninggalkan dunia?"
Ada perbezaan yang KETARA. Mesej yang pertama lebih kepada SYOK SENDIRI.
Manakala mesej yang kedua adalah berkongsi bagaimana kita boleh membantu orang lain.
Mesej kedua lebih cenderung untuk menarik lebih ramai pelanggan. Tidak Percaya? Sila Cuba …
Berani Berniaga 2013 - 10 Tahun Dari Sekarang...
Semua orang mahu jadi kaya. Semua orang mahu ada perniagaan yang berjaya. Dalam masa sama,Tidak semua orang tahu apakah PERKARA PENTING yang mendekatkan diri kita semua dengan kejayaan dan kekayaan. ANDA pernah dengar formula M.E.S.T.I? Akronim "M" bukan sekadar MENTOR. "M" juga adalah matlamat yang PADAT dan JELAS. Setiap kali program, perkara utama yang penting untuk saya pastikan adalah: "Setiap peserta mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup mereka." Matlamat adalah PENTING. Tanpa matlamat, hidup ANDA tidak akan ke mana-mana . Lebih menyedihkan, ramai di antara kita yang tidak mempunyai matlamat. Mereka sekadar bercakap, omong kosong dan mempunyai angan-angan dan Mat Jenin.
Kenapa Matlamat ANDA Gagal? Satu sahaja sebab. TULIS. Ramai yang tidak menulis matlamat mereka di atas kertas. Itu yang menyebabkan matlamat mereka tidak padat. Bukan itu sahaja, malah matlamat jadi bertukar-tukar setiap tahun. Kerana matlamat sebelum ini tidak dizahirkan ke atas kertas.
Tanya Diri ANDA
Apa yang kita tulis, itu adalah DOA. Jadi soalan saya, "Apakah matlamat ANDA dalam masa 10
tahun dari sekarang?" Tulis segera di atas kertas. Jangan malu untuk menulis matlamat sendiri yang ANDA
idamkan. Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh berlaku dengan izin Allah.
Berani Berniaga 2013 - Dapat Modal Baru Berniaga?
Jika ANDA ada mengikuti perkembangan saya baru-baru ini di majalah, akhbar, dan juga Facebook, pasti ANDA perasan. Saya ada berkongsi tentang 5 kepercayaan karut marut tentang perniagaan. Satu daripadanya adalah isu modal. Di Malaysia, masyarakat kita sering dihentam dengan gaya fikir,
"Jika mahu berbisnes, mesti kena ada modal duit yang besar." Hakikatnya, bukan modal duit yang diperlukan. Saya sendiri, dan juga beberapa sahabat jutawan lain memulakan bisnes tanpa modal duit yang
besar. malah dalam Klinik Usahawan, para peserta diajar bagaimana untuk mengamalkan strategi
'bootstrap' dalam bisnes.
Apa itu bootstrap?
Bootstrap - Gunakan Modal Diri .Berniaga cara bootstrap adalah berdasarkan modal diri. Kita menggunakan apa sahaja senjata yang ada dalam tangan. Iaitu memulakan bisnes secara kecil-kecilan.
ANDA, ramai yang memulakan bisnes dengan modal yang besar akhirnya lingkup teruk. Jalan terbaik adalah:
1) Mulakan bisnes kecil-kecilan (Bootstrap).
2) Besarkan bisnes dengan modal sendiri.
Dua cara di atas adalah cara yang terbaik. Bak kata Donald Trump, "Think big."
Berani Berniaga 2013 - Rahsia Hasilkan Iklan Magnet Duit
Iklan adalah satu medium yang dapat melariskan jualan bisnes kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Apabila beriklan, kita melaburkan beberapa jenis modal:
1) Modal duit.
2) Modal grafik.
3) Modal perkataan.
1 - Modal Duit
Sebaik sahaja kita memilih medium untuk meletakkan Iklan seperti akhbar, Facebook, majalah dan sebagainya, maka langkah seterusnya adalah mengeluarkan duit.
2 - Modal Grafik
Grafik adalah ciri penting dalam iklan. Lihat bagaimana syarikat besar seperti Apple, Air Asia, dan banyak lagi mengambil kira tentang kepentingan menghasilkan grafik yang menarik dalam iklan. Apabila grafik menarik, ia dapat memukau pelanggan serta merta.
3 - Modal Perkataan
Akar dalam pemasaran adalah perkataan yang ANDA gunakan. Untuk itu, penting untuk kita semua tahu bagaimana untuk menulis perkataan-perkataan atau ayat yang:
1) Memukau pelanggan.
2) Mendorong pelanggan untuk bertindak.
"3 Formula" berkesan cipta Iklan Magnet.
Berani Berniaga 2013 - Bagaimana Sentiasa Berinovasi Sebagai orang bisnes, skil dan peranan utama kita adalah sebagai pengamal strategi dan taktik pemasaran. Tugas kita adalah membawa duit masuk ke dalam bisnes. Pemilik bisnes yang bagus dan mempunyai potensi menjadi jutawan, multi-jutawan dan bilionair adalah mereka yang:
1) Kuasai strategi pemasaran.
2) Bawa duit masuk lebih banyak setiap hari.
3) Mencipta konsep dan segarkan kempen pemasaran secara konsisten.
Kreativiti dan Inovasi "Bagaimana untuk saya terus kekal relevan dan menjadi pilihan pelanggan?"
Soalan di atas dikategorikan sebagai soalan berbentuk traumatik, yang biasanya dialami oleh majoriti pemilik bisnes. Cara paling cepat untuk kekal relevan dan segera adalah mempunyai dua skil penting iaitu:
1) Kreatif.
2) Inovatif.
Pendekatan ini bermula dengan mengkaji "big boys" atau pesaing-pesaing besar dalam industri kita.
1) Lihat apa yang mereka lakukan.
2) Tambah baik daripada apa yang mereka lakukan.
Pesan seorang mentor,"Dalam dunia ini, kita hanya perlu fokus untuk menjadi lebih baik sedikit daripada orang lain." Tambahnya lagi, "Dengan itu, kemenangan berada dalam genggaman."
Berani Berniaga 2013 - 4 Skil Penting
(Nota Lagenda Pemasaran )
Satu lagi nota penting untuk ANDA fahami berdasarkan Philip Kotler, guru dan lagenda dalam dunia pemasaran, berikut adalah :-
4 skil penting yang: membantu ANDA untuk tingkatkan jualan lebih gila daripada biasa. Memahami dan menilik fikiran pelanggan supaya kita lebih faham, dan dapat membantu dengan lebih agresif. Apa dia Nota Lagenda Pemasaran. Philip Kotler menjelaskan, ada 4 skil penting untuk menguasai pemasaran secara keseluruhan:
1) Sales force.
Kebolehan untuk mempunyai kemahiran untuk menjual, dan mempunyai tim jualan yang kuat.
2) Advertising.
Kemahiran untuk menukarkan iklan kepada duit.
3) Sales promotion.
Kuasa untuk melakukan promosi yang menghasilkan jualan.
4) Marketing research.
Skil dalam melakukan kajian supaya Anda lebih faham bagaimana untuk memahami, dan menguasai fikiran pelanggan. Keempat-empat skil ini bukan mudah untuk kita kuasai dalam satu masa. Justeru itu, penting untuk Anda pasakkan maklumat di bawah ke dalam minda. "Aku perlu sentiasa belajar, belajar, dan belajar untuk sentiasa kuasai pemasaran."
Berani Berniaga 2013 - Bagaimana Elakkan Bisnes DISAMUN
Siapa Pesaing ANDA Mereka akan mencari jalan untuk samun atau merompak pelanggan-pelanggan Anda.. Pernahkah Anda hadapi situasi seperti ini: Sedang Anda sibuk membina empayar perniagaan datang satu demi satu pesaing yang meragut pelanggan Anda. Lama kelamaan, Anda ketandusan pelanggan dan
akhirnya bisnes terpaksa tutup kedai dan lingkup teruk. Situasi ini banyak berlaku dalam dunia perniagaan masyarakat Malaysia.
Soalannya, adakah ia salah pesaing kita?
Jawapannya... TIDAK. Bukan salah pesaing. Kita bertanggungjawab terhadap bisnes sendiri.
Oleh sebab itu, sudah berkali-kali saya katakan (jika Anda salah seorang yang pernah hadir
ke Klinik Usahawan). Bina DATA PELANGGAN. Ambil maklumat-maklumat pelanggan seperti:
1) Nama.
2) No. telefon.
3) E-mel.
4) Alamat rumah.
5) Facebook.
Supaya Anda dapat kebalkan perniagaann setiap masa, dan tidak trauma apabila pesaing-pesaing baru timbul. DATA PELANGGAN ADALAH ASET Pelanggan adalah mereka yang berikan duit kepada bisnes Anda. Mereka juga yang memastikan bisnes Anda terus bernafas setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Maka penting untuk Anda mempunyai hubungan yang akrab dengan mereka. Selepas mempunyai data pelanggan, beli dan sewa sistem-sistem pemasaran yang penting seperti:
1) Sistem pemasaran SMS.
2) Sistem pemasaran e-mel.
3) Sistem pemasaran Facebook.
Ini adalah pelaburan Anda untuk menjamin kekayaan yang berterusan dalam perniagaan. Jangan tunggu sampai pelanggan sudah disamun, baru terhegeh-hegeh mahu tempah ketiga-tiga sistem di atas.Anda, saya selalu berpesan pada diri sendiri "Fast action. Fast result."
Berani Berniaga 2013 - Perang Harga "Price War"
Wabak Perang Harga...Atau "Price War". Strategi yang cukup biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila berniaga. Biasanya ia berlaku dalam dua keadaan:
1) Pasaran yang terlalu kompetitif.
2) Pemilik bisnes yang terdesak mahukan jualan.
Strategi perang harga tidak salah.Yang salahnya adalah pemilik bisnes itu. Mereka tidak bersedia dan tidak belajar untuk mendalami ratusan strategi pemasaran yang terbukti berkesan. Itu salah satu sebabnya kami menganjurkan satu lagi Klinik Usahawan. Namanya, BERANI BERNIAGA 2013 (Sila daftar SEKARANG sebelum terlambat).
Bila Waktu Sesuai Bermain Dengan Perang Harga? Anda Elakkan daripada terjerumus dalam strategi price war. Alternatif lain yang boleh Anda lakukan adalah:
1) Lakukan pelbagai strategi pemasaran dengan lebih agresif.
2) Membina perisai kukuh bisnes sepanjang hayat, iaitu BRANDING.
3) Sentiasa berinovasi dan berkreativiti dalam bisnes.
Berani Berniaga 2013 - Bagaimana Tilik Minda Pelanggan
ANDA USAHAWAN...Atau PENIAGA??
Satu lagi soalan cepumas yang hangat dan sering diajukan dalam majoriti program di bawah Klinik
Usahawan kami, "Bagaimana untuk saya memahami dan membaca minda pelanggan?" Atau dalam bahasa bomohnya, "Bagaimana untuk saya tilik minda pelanggan?" Sebelum saya berikan jawapan, saya mahu ANDA faham betapa pentingnya untuk kita mempunyai skil menilik pelanggan. Tilik dengan CARA HALAL.
SEBAB #1 - Pelanggan hanya berani keluarkan duit dari dompet mereka, apabila peniaga faham yang mereka perlukan.
SEBAB #2 - Sebagai usahawan, prioriti ANDA adalah membantu selesaikan masalah pelanggan.
SEBAB #3 - Dengan memahami keperluan pelanggan, ANDA dapat menguasai industri.
Cara Mudah & Berkesan Tilik Minda Pelanggan ANDA pernah menjawab soalan yang bentuknya seperti,
"Bolehkah saya mahu apa masalah yang ANDA hadapi sekarang?" Atau, "Adakah ANDA ada sebarang masalah, tetapi tidak jumpa jalan penyelesaiannya?" Jika YA, maka ANDA sebenarnya sudah ditilik mereka.
Sekali lagi. Dengan cara yang HALAL dan BERETIKA. Faham maksud saya? Cara paling mudah untuk menilik minda pelanggan adalah:
1) Bertanya.
2) Survey menerusi ruangan komuniti.
KAEDAH 1 - BERTANYA
Tanya pada mana-mana pelanggan atau prospek tentang masalah yang mereka hadapi. Lagi banyak jawapan, lagi mendalam Ahmad Barawi Moktar dapat faham keperluan mereka. Selepas itu, ANDA boleh cari atau hasilkan produk yang dapat membantu mereka. Selepas itu tunggu duit masuk dengan derasnya.
KAEDAH 2 - SURVEY DALAM KOMUNITI
Ruangan komuniti bermaksud tempat orang ramai berhimpun. Anda tidak perlu keluar rumah. Cukup dengan menggunakan laman web Abe Mark Zuckerberg. Ya, FACEBOOK. Gunakan Facebook untuk melakukan survey. Dengan semudah-mudah soalan seperti, "Apakah masalah yang tuan puan hadapi apabila berhasrat untuk memulakan perniagaan?"
Setiap jawapan adalah $$ Saya doakan agar maklumat dalam e-mel ini dapatmembantu Anda, untuk lebih mahir dalam menilik minda pelanggan. Lagi banyak Anda menilik, lagi besar peluang untuk Anda kaut duit.
Yang penting caranya HALAL dan BERETIKA.
Berani Berniaga 2013 - 6 Ilmu Emas Dari Lagenda Pemasaran Dunia
Hari ini, saya ingin kongsikan 6 ilmu emas tentang pemasaran, yang saya belajar daripada lagenda
pemasaran bertaraf dunia iaitu... Prof. Dr. Philip Kotler. Bukan mudah untuk menuntut ilmu dengan beliau.
Jadi, Anda sudah bersedia untuk mengetahui 6 ilmu emas yang bakal saya kongsikan?
1) Marketing created economy.
2) Marketing creates job.
3) Marketing solves society's problems.
4) Marketing is important to the country's economic growth.
5) Marketing gives aspiration & inspiration.
6) Marketing educates & affects behavioural change.
Tambahnya lagi... "No marketing? No growth. No new job opportunities."
Terima Kasih Mentor Dr.Azizan Osman.
Ahba3M ( Media, Marketing & Motivation )
|
Sedihnya bila buat online,tak de yang share atau like.Bila buat offline, tak pandai nak bercakap dengan orang. Mohon doakan saya juga berjaya, dapat membahagiakan keluarga seperti tuan. Assalamualaikun
ReplyDelete