Asalamulaikum w.b.t dan salam kejayaan kepada semua yang sentiasa melayari blog saya. Bagaimana persiapan diri anda sebelum TIBANYA Tahun 2014.
ANDA SUDAH BERSEDIA??
Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pastinya kedatangan tahun baru amat sinonim dengan mood dan suasana perbincangan tentang azam baru. Pelbagai variasi AZAM yang dicetuskan oleh setiap individu mengikut kecenderungan masing-masing. Sesetengahnya menetapkan azam yang nadanya santai, manakala ada menetapkan keazaman yang mempunyai nilai yang berat serta bermatlamat.
ahba4u 2014
Tidak kisahlah apa skala atau bentuk azam yang anda lantunkan serta ilhamkan oleh sesiapa sahaja, seiring dengan kemunculan tahun 2014. Apa yang PALING UTAMA ialah jangan kita terperangkap dengan situasi ZON MENGAZAMKAN DIRI " Penetapan azam yang tidak mempunyai roh, energi serta matlamat ".. Maknanya menetapkan azam sebagai sesuatu yang menjadi trend apabila hadirnya setiap kali tahun baru adalah suatu KESILAPAN ramai orang termasuklah saya suatu ketika dahulu. Mudah terikut-ikut, sangat bersahaja meletakkan AZAM. Inilah yang situasi yang pasti RAMAI dari kita sedar, namun sedar saja sebenarnya tidak memadai melainkan kita melakukan tindakan dan ambil peduli hal ini.
MARI.. KITA ADA MASA LAGI..!
Bertindak sebelum 2014 menjenguk kita dengan baki masa yang begitu singkat. Ada dua pilihan untuk memperincikan AZAM anda. Sama ada meletakkan satu AZAM BARU atau menambahbaikkan apa yang sedia ada anda lakukan sekarang menjadikan ianya AZAM 2014. Bagi yang ingin memulakan bisnes pemilihan 1 Januari adalah tips yang terbaik untuk anda MEMULAKAN langkah. Selain bertepatan dengan mood AZAM BARU, Ianya memudahkan minda serta ingatan kita untuk mengimbau perjalanan terhadap apa yang kita lakukan. Tips inilah selalu saya aplikasikan dalam semua tindakan-tindakan besar dalam perjalanan bisnes saya sebelum ini. Antaranya dalam pembukaan Premis Ahba Sports Cawangan Beaufort pada tahun 2007. Pembukaan Syarikat AHBA Niaga Iklan di Likas Plaza pada tahun 2009. Alhamdulilah, selain tindakan kita seiring dengan MOOD azam baru, ianya memudahkan kita mengimbau perjalanan apa yang kita laksanakan. Nikmat kejayaan adalah apabila anda mengimbau perjalanan serta mengingat kepayaan setelah anda mencetak kejayaan.
Kepada rakan-rakan yang meletakkan AZAM anda dalam bentuk memulakan BISNES. TAHNIAH kepada anda. Jadikan 1 Januari point PENTING untuk bermula. Menetapkan tindakan dan masa untuk bermula adalah LEBIH TEPAT berbanding anda mengambil banyak masa menunggu modal dan masa yang sesuai untuk untuk BERMULA. Bermula pada skala mana anda mampu untuk memulakan bisnes. Salah satu tips untuk memulakan BISNES ialah memulakannya dengan menjadikan produk orang lain sebagai platform anda untuk mula berniaga. Bagi yang mempunyai bakat dan potensi dalam diri. Senaraikan sekurang-kurangnya dua bakat dan kecenderungan yang ada dalam diri ANDA. Perincikan bakat tersebut serta buat analisa, sama ada ianya mampu MENYELESAIKAN masalah ramai orang . Tidak cukup dengan itu, adakah ianya mampu mendatangkan pulangan kewangan kepada diri anda dengan tindakan anda mengkomersialkan bakat tersebut..
BERTINDAK.." Asingkan diri dan kategorikan diri anda pada dua kelompok ini.
Saya MAHU mula Berniaga
Saya MESTI mula Berniaga.
Jika anda hanya setakat MAHU...anda tidak akan bermula.. ianya hanyalah keinginan semata-mata. KATEGORIKAN diri anda dalam kelompok Saya MESTI berniaga. Ianya akan lebih berenergi. Aktifkan SUIS minda anda dengan info berkaitan bisnes. Berkawan SERTA dampingi individu-individu yang terlibat dalam bisnes. Pimpin diri untuk hadir ke kelas-kelas atau seminar berkaitan dengan Bisnes. Runtuhkan ego diri untuk kembali ke suasana persekolahan yang telah lama ditinggalkan.
Perlukah ANDA BERTINDAK....YA..anda MESTI bertindak. Elakkan diri tergolong dalam kelompok yang hanyut bersama azam SEHINGGA PENGHUJUNG JANUARI 2014 semata.
In Shaa Allah sedikitnya bermanafaat, banyaknya membawa kebaikan untuk kita semua.amin
SELAMAT TAHUN BARU 2014.
Diaktifkan oleh www.ahbasports.com/ahba4u
www.facebook.com/ahba3m
Ikhlas dari Saya.
Ahmad Ahba Moktar.
Kota Kinabalu.
830 am.
Copy of WELCOME IMKK Dis 2013
No comments:
Post a Comment