Wednesday, 9 October 2013

PENCARIAN KHAZANAH ILMU BERSAMA MY MENTOR

Asalam dan salam kejayaan. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Pertamanya syukur kepada Allah S.W.T atas nikmatnya dan percaturannya mengatur segala yang berlaku dan apa jua yang akan kita hadapi dan lalui  di masa depan.

Saya Ahmad Barawi Moktar lebih gemar mengunakan nama Ahmad Ahba Moktar. Berusia 44 Tahun. Sebelum terlibat dalam bisnes, saya adalah seorang guru di Sekolah Menengah. Mengambil keputusan untuk berhenti dan memberi fokus pada bidang bisnes sepenuh masa. Saya terlibat dalam bisnes semenjak 10 tahun yang lalu. Alhamdulilah, saya mampu mencapai apa yang saya perolehi sekarang walaupun sebenarnya tanpa asas ilmu berniaga yang baik. 


KOTA KINABALU : 18 Mei 2013 Maka bermula titik point dalam siri pengambaraan dunia bisnes edisi yang baharu bila saya hadir ke SEMINAR BERANI BERNIAGA DR. Azizan Osman di Kota Kinabalu. Pakar Pemasaran, dan Jurulatih Pembangunan Keusahawanan yang memiliki aura serta karisma juga skil yang sungguh hebat. Sebenarnya saya sudah agak lama mendengar nama Dr. Azizan serta kehebatan serta aura dalam siri bacaan di akhbar dan youtube. Cuma saya belum berkesempatan untuk hadir sebelum itu. Sehari di Seminar Berani Berniaga yang saya sertai begitu membangkitkan semangat berniaga yang ada pada diri. Pada sesi akhir seminar saya tanpa mengambil banyak masa mengambil keputusan untuk menyertai Slot Businness Marketing Coaching  ( Seat Super Suprame ). Ini didorong oleh rasa keterujaan terhadap sesuatu yang amat bernilai perlu saya perolehi pada masa yang tepat serta dari individu yang pakar dalam bidang pembentukan jati diri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 
  
BUSINESS MARKETING COACHING ( SUPER SUPRAME )

Seminggu kemudian saya hadir ke BMC di Star City Convention Hall Kota Kinabalu dan duduk di hadapan sekali. Selama 3 hari berada dalam kursus BMC saya terasa sangat-sangat kerdil. Banyak perkara yang saya rasa tahu selama 10 tahun banyak Dr. Azizan perkatakan dalam kelas tersebut. Walaupun 10 tahun saya berniaga dari keadaa susah dan sukar. Saya mengumpamakan seperti berlari 100 kilometer jaraknya tetapi hanya 50 kilometer sahaja yang saya capai, 50 kilometer lagi hanya sia-sia. Sesekali air mata saya mengalir tanpa saya sedar, bila mana teringat betapa susahnya dulu bermula tanpa mentor dan ilmu bisnes yang betul. Suntikan semangat yang Dr.Azizan Osman lontarkan. Saya berbisik pada diri sendiri, andainya saya temui Dr. Azizan Osman 5 tahun yang lalu mungkin lebih banyak yang saya capai berbanding apa yang saya perolehi kini. Ilmu-ilmu marketing beliau sangat mudah dan tidak pernah saya jumpa di mana-mana seminar yang saya hadiri sebelum ini.

Banyak perkara yang saya perolehi terutamanya tentang Marketing dalam bisnes. Keterujaan saya tentang kesegaran berbisnes kembali seperti di saat saya berenergi di awal mula berniaga. Dengan cara penyampaian serta skrip yang mudah ianya banyak memudahkan pemahaman saya berbanding apa yang saya temui dalam pembacaan buku usahawan yang berlambak di pasaran, Berakhirnya BMC saya merencanakan apa yang dipelajari, Merangka plan tindakan yang bermula dari awal Jun dan berakhir pada Disember 2013 nanti 


“ Marketing adalah kemahiran bagaimana menarik dan menghebahkan kepada orang untuk tahu akan bisnes yang anda tawarkan


Selesai BMC banyak perkara yang berubah dalam diri saya. Saya mula mampu menghidangkan pasak senyuman dengan begitu baik sekali pada semua rakan dan sahabat yang ditemui. Sering berkongsi cerita dan tips yang baik untuk bisnes sesama rakan niaga.

Merangka plan bertindak sebaik selesai BMC mengikut plan tindakan berakhir sehingga akhir Disember 2013. Menyusun program seperti kerjasama koporat dengan beberapa syarikat. Saya juga mula menyuntik energi dalam diri dan memperkukuhkan sistem dalam syarikat yang selama ini amatlah rapuh. Memberi tumpuan kepada berkaitan aspek pemasaran dan sistem. Saya melaksanakan semua apa yang disarankan. Memasuki bulan kedua selepas BMC saya menubuhkan deparment pemasaran, dengan menyerahkan tugas operasi kepada pengurus sedia ada. Saya mula mengetuai unit pemasaran syarikat seperti saranan mentor. Membuat logo koporat dan tag line syarikat, menguatkan pemasaran online dengan sistem SMS ETSI dan membuat kerjasama koporat dengan stesen radio Kota kinabalu ( KKFM ). Mengambil slot iklan hebahan jenama AHBA4U selama sebulan. Menaja pakaian dalam siri aktiviti sukan berserta celebriti Radio KKFM. Alhamdulilah selama sebulan hebahan berkumandang di corong radio di Bandaraya Kota Kinabalu.


SEMINAR INTENSIF MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN JULAI 2013


Menara PGRM Cheras
04 - 07 JULAI 2013 :  Saya menyeberangi Laut China Selatan dan bertapa di Menara PGRM Cheras untuk mengikuti SEMINAR INTENSIF KEKAYAAN DAN KEJAYAAN. Berkampung di IMKK saya menimba ilmu tentang kerohanian, pentingnya pembersihan kolam jiwa, Kemampuan berhubungan dengan Allah S.W.T, konsep doa yang spesifik serta kekuatan jiwa yang sentiasa di bawah kawalan emosi. Ini menjadikan saya lebih tenang dalam menghadapi saat-saat sukar, menjadikan sesuatu yang negatif berlaku pada diri mampu diterjemahkan serta dikaitkan dengan Konsep " The Power of Hikmah "

“ Prinsip Pembersihan Kolam Jiwa dan  Prinsip The Power of HIKMAH “ 

Himpunan Ibu segala Power yang dipelajari sepanjang berada di IMKK benar-benar menyelongkar pemahaman saya tentang perkaitan antara dunia bisnes dengan energi kerohanian diri yang selama ini rohnya tidak sekuat mana. Diri menjadi individu yang mempunyai tahap ketertiban yang amat tinggi sama ada berhadapan masalah atau mengerakkan kekuatan gerak hati semasa membuat keputusan yang agak sukar, sama ada hal yang berkaitan bisnes, keluarga dan perkara rutin harian. Berakhirnya Seminar Intensif Kekayaan dan kejayaan saya menetapkan untuk hadir ke Seminar Intensif Jutawan Industri September 2013


SEMINAR INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI SEPTEMBER 2013 


Alhamdulilah saya dizinkanNYA untuk dapat hadir ke Seminar Intensif Jutawan Industri 2013 yang baru selesai 29 Sept yang lalu.. Walaupun pada awalnya seakan-akan ada kekangan untuk hadir, namun alhamdulilah saya berpeluang bersama 4,300 yang hadir di PWTC.. Wow. Terbaik..


“ Anda akan menjadi The MASTER of NOTHING apabila anda ingin menjadi pakar pada semua perkara “ Dr. Azizan Osman


Seumpama siri seminar yang lalu, selama 3 hari 2 malam. Energi dan adunan ilmu di IJI menambah perisa yang seakan-akan melengkapkan misi untuk menjadi Jutawan Industri, Cuma anehnya sebelum mengikuti dan hadir ke Seminar Intensif Jutawan Industri banyak perkara yang diajar di sini telah saya mula lakukan selepas tamatnya IMKK yang lalu. Ianya mengingatkan saya akan doa yang spesifik tentang kekuatan dan keinginan di kala berdoa agar dikurniakan pemikiran yang cerdes, minda yang tajam, cetusan-cetusan idea yang baik yang mampu dizahirkan menjadi tindakan-tindakan yang mampu membuka pintu-pintu rezeki kepada diri, keluarga serta memberi nilai tambah kpd orang lain.

Seminar Intensif Jutawan Industri juga melengkapkan misi untuk menjadi Jutawan industri yang diajar oleh Mentor Dr. Azizan Osman., Seiring itu, saya melengkapkan kepakaran diri yang sedia ada dalam dunia grafik yang mengalir dalam diri selama 10 tahun berada dalam industri ini . Saya membawa masuk staf-staf yang mahir dalam sistem programer dan IT. Memegang kosep Team Work dan Prinsip Jemaah dalam misi besar yang ingin dicapai. Saya mula mempertajamkan skill komunikasi bersama audien. Di saat artikel ini ditulis saya telah melancarkan kempen Pemasaran Ahba4u bersama pelanggan-pelanggan kami. Seperti Kempen T.Shirt Murah, Kempen Tam + Bah Duit khusus kepada sesiapa yang berminat untuk bermula berniaga atau mencari pendapatan sampingan bagi yang masih berkerja.

Pembelajaran banyak ilmu sepanjang 5 bulan membawa perubahan yang amat besar dalam hidup saya. Penyusunan sistem dalam syarikat yang saya bina selama sepuluh tahun perjalanan bisnes yang bermula dari bawah iaitu. AHBA Sports & Souvenirs( Perkhidmatan jahitan Logo berkomputer ) , AHBA Niaga Pengiklanan dan Printing, AHBA Uniform ( Jahitan pakaian Koporat Lelaki dan Wanita ) serta terbaru AHBA3M ( Media, Marketing & Motivation )  saya tubuhkan selepas 5 bulan menyertai  seminar Dr.Azizan Osman. Alhamdulilah saya terlibat 80% dalam aktiviti marketing Ahba4u serta membantu rakan-rakan usahawan dalam penyediaan blog, website, penjenamaan dan khidmat nasihat berkaitan pemasaran dalam bisnes.   

Alhamdulilah amat bersyukur sangat dipertemukan dengan seminar Dr. Azizan Osman. Saya mengandaikan ianya bukanlah terlewat bagi diri, saya meyakini bahawa potensi diri dan kemahuan serta jiwa besar perlu ada pada diri jika ingin berjaya. Inilah ramuan yang ada pada diri di saat sukar di awal-awal berniaga.

Tidak pernah menyesali dengan skrip perjalanan yang dilalui, tiada istilah terlewat. Namun saya amat meyakini berniaga tanpa ilmu seumpama meredah belukar tebal. Terpaksa meredah ke kiri dan kanan tanpa tahu adanya rintangan di hadapan. Alhamdulilah saya tidak ragu-ragu membuang sejumlah wang, tenaga, masa serta meninggalkan banyak perkara selama lima bulan dengan menimba ilmu Dr.Azizan Osman yang sepatutnya disemai di kalangan bakal-bakal usahawan. InsyAllah saya juga bertekad akan menyampaikan wadah elmu yang amat saya hargai ini serta tidak akan ditemui dalam mana-mana pembacaan berbanding apa yang Dr.Azizan Osman sampaikan. 
Seterusnya InsyAllah saya akan teruskan misi pemburuan ilmu di seminar Platinum Richworks. Yang terkini, Insyallah akan hadir ke Slot Platinum TRAIN THE TRAINER pada Januari tahun depan.   





Kepada rakan-rakan usahawan atau sesiapa yang ingin mula berniaga, saya menyeru serta menyarankan untuk hadir ke seminar-seminar Keusahawanan Mentor Dr. Azizan Osman yang memang terbukti terlalu berkualiti dan amat berkesan untuk mendalami ilmu berniaga. 
Salam Kejayaan untuk anda semua.



Ahmad Barawi Moktar,
Pengarah Urusan Ahba4u.com
Kota Kinabalu, Sabah.
www.facebook.com/ahba3m

Kata Mentor Saya :

Anda sibuk?
Ya, sebab anda tidak ada sistem yang betul.

Perniagaan anda kecil dan tidak membesar? 
Kerana anda tidak ada sistem yang betul.

Anda tertekan dengan staff? 
Kerana anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan mereka.

Anda sedang cuba menjadi “Superman” menyelamatkan dunia tanpa kuasa superman, tanpa ilmu, tanpa mentor dan sistem yang betul? 
Itu memenatkan! Tanya saya kerana saya pernah laluinya dulu!
                                                                                               Mentor Dr. Azizan Osman
Kota Kinabalu Sabah.





























No comments:

Post a Comment