Showing posts with label Inspirasi bisnes. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi bisnes. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

TINTA MASAKU

PAGI yang tenang sambil memandu untuk menghantar anak ke sekolah, sambil mendengar caloteh DJ KKFM saluran 91.1 fz.DJ Ramli Carlo yg mengwar-warkan promo Ahba Sports & Souvenirs mneyambut ulangtahun ke-10. ( 2002 - 2013 )

Terkenang kisah sepuluh tahun yang lalu  ( 2002 ) ketika mula berjinak-jinak berniaga membuat cetakan T.shirt. Pada masa itu saya sebagai guru Sek.Rendah menyambung belajar di UMS secara sepenuh masa sebagai mahasi tua ( sbb usia sudah 30 tahun baru dapat sambung belajar ). Disebabkan UMS masa tu masih baru. Pelajar-pelajar sangat teruja memakai apa jua t.shirt yang ada logo UMS. Saya mengambil peluang itu untuk membuat rekaan t.shirt, Alhamdulilah bolehlah menampung kos sara hidup sekeluarga dengan gaji yang tinggal separuh ketika itu.

Diringkaskan cerita, suatu ketika saya mendapat temphan t.shirt dari satu kumpulan pelajar sebanyak 400 helai dan.saya cuba dapatkan pembekal t.shirt dari Semenjung yang mungkin sedikit murah. Kebetulan saya mndapat satu syarikat Melayu dari Tanjung Malim Perak. Pemiliknya seorag wanita .Saya memilih syarikat Melayu dengan haarpan mudah berurusan sesama Melayu dan mugkin boleh dapatkan harga yang sedikit murah.