Tuesday, 1 October 2013

TINTA MASAKU

PAGI yang tenang sambil memandu untuk menghantar anak ke sekolah, sambil mendengar caloteh DJ KKFM saluran 91.1 fz.DJ Ramli Carlo yg mengwar-warkan promo Ahba Sports & Souvenirs mneyambut ulangtahun ke-10. ( 2002 - 2013 )

Terkenang kisah sepuluh tahun yang lalu  ( 2002 ) ketika mula berjinak-jinak berniaga membuat cetakan T.shirt. Pada masa itu saya sebagai guru Sek.Rendah menyambung belajar di UMS secara sepenuh masa sebagai mahasi tua ( sbb usia sudah 30 tahun baru dapat sambung belajar ). Disebabkan UMS masa tu masih baru. Pelajar-pelajar sangat teruja memakai apa jua t.shirt yang ada logo UMS. Saya mengambil peluang itu untuk membuat rekaan t.shirt, Alhamdulilah bolehlah menampung kos sara hidup sekeluarga dengan gaji yang tinggal separuh ketika itu.

Diringkaskan cerita, suatu ketika saya mendapat temphan t.shirt dari satu kumpulan pelajar sebanyak 400 helai dan.saya cuba dapatkan pembekal t.shirt dari Semenjung yang mungkin sedikit murah. Kebetulan saya mndapat satu syarikat Melayu dari Tanjung Malim Perak. Pemiliknya seorag wanita .Saya memilih syarikat Melayu dengan haarpan mudah berurusan sesama Melayu dan mugkin boleh dapatkan harga yang sedikit murah.

Saya mula berhubung secara telefon dengannya, dan beritahu saya dari Sabah serta mahu menempah baju t.shirt. Sambil tu saya hanya berhubung melalui telefon dengan harapan dapat harga yang murah dan cuba meyakinkan beliau agar diberi kemudahan deposit pengesahan tempahan yang rendah.

Perbualan saya banyak berkisar tentang semangat membantu sesama bumiputera dan sesama islam serta sama-sama oraag Melayu .Saya beriya-iya dan cuba meyakinkan dengan nawaitu yang ikhlas akan membayar deposit dan baki bayaran tanpa ada sedikit pun rasa mahu berbuat tidak betul dalam berurusniaga dengannya. Kebetulan pula modal pun agak terhad.

Pemilik  kedai ini mentertawakan saya di dalam perbualan telefon kami, katanya " En.Ahmad, orang Melayulah yang paling ramai tipu saya di KL.apa lagi En.Ahmad di Sabah yang saya tidak pernah jumpa. dan buat temphan dengan telefon. Saya terkedu dan terdiam.

walaupun sedikit geram dan rasa tercabar dengan sindiran sinis beliau.

Saya memahami maksud pembekal tu dan akhirnya saya akur dan temphan dibuat dengan deposit serta bayran penuh sebelum barang dihantar ke Sabah. Situasi ini berulang untuk beberapa kali tempahan.  Kalau tidak silap 2 hingga 3 kali temphan berikutnya..Alhamdulilah tempahan semakin meningkat dari rakan-rakan sekuliah.

Masa terus berlalu..senarai pembekal baru dari KL semakin bertambah dan banyak pilihan .saya tidak lgi membuat temphan dengan pembekal ini serta tidak berhubung lagi dengan beliau.

Selang dua tahun, kebetulan adik lelaki saya berpindah tugas ke Bidor Perak mengikut isterinya menyambung belajar di UPSI. Saya minta dia cari kedai dan jumpa pemilik kedai ini jika berjumpa dan sampaikan salam saya kepadanya


Alhamdulilah adik saya dapat berjumpa dengannya.  Adik saya bagi tahu pemilik  memuji-muji dan tercari-cari saya sebab tidak buat tempahan lagi. Dia beriya-iya suruh saya ke Perak dan berjumpa dengannya.

Pada saat itu, satu rasa kebanggaan yang sukar digambarkan..Satu kredit bahawa dapat menjawab pernyataan bahawa " di KL ni orang Melayulah yang paling ramai tipu dia, apa lagi En.Ahmad yang jauh dari Sabah masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Mula saat itu saya mula dan memegang prinsip INTEGRITI sebagai peniaga dan seorag usahawaan yang tulen. Dan kini  di tahun 2013. Alhamdulilah setelah melalui rintangan dan cabaran, lebih-lebih lagi diri yang memang bukan dari keluarga peniaga. Tercetaklah pada tinta masa jenama kedai AHBA Sports & Souvenirs di Kota Kinabalu dan Cawangannya di Daerah kelahiranku Beaufort, Ahba Uniform serta AHBA Niaga Iklan. Akhirnya saya mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pendidik selepas 6 tahun tamat belajar di UMS dan tempoh perkhidmatan selama 17 tahun pada tahun 2006

Alhamdulilah atas rezeki dan izinNYA. Moga dengan ilmu-ilmu baru yang dituntut dari mentor Dr.Azizan Osman ( Berani Berniaga 2013 Mei 2013 ( Business Matching Couching  Mei 2013 ) ( Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan Julai 2013 )  ( Seminar Intensif Jutawan Industri Sept 2013 ) akan mampu melonjakkan kejayaan yang lebih serta mampu  memberi nilai tambah kepada potensi diri serta kehidupan orag lain. Syukur atas nikmatMU ya Allah.
Ahmad Ahba Moktar

1 comment:

  1. NJ Casinos, Sportsbooks and Poker - Jtm Hub
    BetMGM Sportsbook & Casino will soon 보령 출장샵 be adding New Jersey and 하남 출장샵 Pennsylvania sports 과천 출장마사지 betting to their gaming sites. For example, 상주 출장안마 the 논산 출장마사지 BetMGM Sportsbook

    ReplyDelete