AHBA Sports & Souvenirs adalah sebuah anak syarikat di bawah Jemaah Ahba4u.com. Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan kedai berkeluasan 150 kaki persegi di sebuah Shooping Mall di Bandaraya Kota Kinabalu. Kini Ahba Sports & Souvenirs beroperasi di di Tingkat Bawah, Bangunan Likas Plaza, Likas Kota Kinabalu Sabah. Memiliki sebuah cawangan di luar Kota Kinabalu iaitu Ahba Sports & Souvenirs cawangan Beaufort pada tahun 2008.
Kepakaran kami adalah menyediakan perkhidmatan jahitan logo berkomputer pada baju T.shirts, Track Suit, tuala, topi, baju koporat, jarsey, beg seminar serta premium gift bagi sebarang majlis seperti kursus, seminar, hari keluarga, konvensyen serta sebarang aktiviti yang memerlukan hadiah dan cenderamata untuk sebarang majlis rasmi dan aktiviti riadah.
Kebanyakan pihak yang mendapatkan kepakaran kami adalah di kalangan pihak jabatan kerajaan, institiusi pendidikan tinggi, kolej-kolej swasta, sekolah-sekolah , agensi-agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan, persatuan serta orang perseorangan.
Dengan pengalaman dan kepakaran hampir sepuluh tahun dalam industri cetakan dan jahitan logo berkomputer. Kami di AHBA Sports mampu menawarkan perkhidmaan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan-pelanggan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya serta di Sepanjang pesisir Pantai barat Negeri Sabah secara umumnya.
Dengan dibantu oleh kakitangan yang berkemahiran mengendalikan mesin yang berteknologi dan kemahiran ITl serta pembelian mesin-mesin sulaman berteknologi tinggi, Syarikat Ahba Sports terus berada di hadapan untuk bersaing bersama syarikat bukan bumiputera yang terlibat dalam industri yang sama di khususnya di pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Untuk memastikan syarikat Ahba Sports sentiasa mampu bersaing dalam persaingan yang setara, pihak syarikat sentiasa memikirkan untuk melonjakkan prestasi dengan meneroka bidang-idang yang baru bukan sahaja berkaitan dengan bidang bisnes utama, tetapi juga mampu membawa syarikat berada di hadapan berbanding pesaing-pesaing lain dalam industri yang samai.
Antara langkah yang diambil ialah membuka cawangan Ahba Sports di luar titik point utama persaingan khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu. Langkah ini telah membawa pembukaan cawangan pertama Ahba Sports di Pekan Beaufort, iaitu 100 kilometar dari Bandaraya Kota Kinabalu, Negeri Sabah di Bawah Bayu. Mengambil kira daerah Beaufort adalah berada di luar persaingan yang sedia ada. Pengurusan syarikat mewujudkan konsep jualan retail bagi alat-alat sukan seperti pelbagai kasut untuk keperluan aktiviti riadah seperti kasut bola, futsal, alatan sukan dan sebagainya.
Alhamdulilah, Setelah sepuluh tahun berada dalam industri cetakan dan jahitan logo mesin berkomputer serta mampu meningkatkan kepakaran dalam bidang ini. Syarikat AHBA Sports terus mengekalkan momentum perkembangan dalam persaingan di gelanggang yang sama rata khususnya dalam industri yang rata-ratanya dimonopoli oleh peniaga bukan bumiputera khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu. Sebagai lonjakan ke tahap yang lebih berdaya saing, pihak syarikat menubuhkan sebuah syarikat yang mengkhusus kepada jahitan pakaian koporat di bawah jenama AHBA Uniform pada tahun 2010.
Ikuti info lanjut berkaitan syarikat yang baru kami pada perkongsian kepakaran kami di team ahba4u.
Salam Kejayaan dari team Ahba4u untuk anda semua.
Ahmad ahba Moktar
Pengarah Urusan
www.facebook.com/ahbaniaga
No comments:
Post a Comment