![]() |
MAMAs Branding Logo |
KOTA KINABALU : 11 Oktober 2013: Bidang perniagaan yang berasaskan pembuatan makanan bukanlah sesuatu yang asing diusahakan secara komersial. Dalam konteks dunia perniagaan yang berorientasikan persaingan kompetetif, Syarikat MAMAs Food Industries mengorak langkah untuk terlibat dalam pembuatan Pau dan Bun yang halal secara komersial. Dimiliki oleh Pn. Betty Bt Pianus atau lebih dikenali dengan Puan Hjh.Razilah Abdullah, Memiliki kilang yang terletak di Zon Perindustrian KKIP Sepanggar. Kilang Mamas Food Industries mengeluarkan beberapa produk makanan berstatus halal seperti Pau Stim, Cookies, Buns dan Cake yang dipasarkan di kebanyakan restoran di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu ketika ini. Atas keyakinan tinggi berserta kualiti produk makanan yang telah beliau hasilkan pada mulanya secara kecil-kecilan di rumah. Beliau mengorak langkah dengan penuh yakin dan optimis untuk pergi jauh lagi mengembangkan perniagaannya pada skala yang lebih besar.
![]() |
Kilang Pemprosesan di KKIP Sepanggar KK |
Keyakinan bahawa industri makanan yang beliau usahakan mempunyai potensi yang besar. Hajah Razilah Abdullah memasang impian untuk melihat perniagaan dan produk makanan Pau dan Bun atas jenama MAMAs dikenali bukan sahaja kelazatannya, tetapi juga atas sebab jenama, logo serta pembungkusan yang berkualiti. Beliau amat yakin bahawa kualiti sesuatu produk makanan akan bertambah baik jika disertai dengan reka cipa logo dan label yang mampu memukau pandangan mata pelanggan sebaik sahaja mengenali jenama dan logo produk yang dikeluarkan.
Memahami akan pentingnya aspek penjenamaan syarikat dan pembentukan konsep label produk yang perlu seiring dengan kualiti produk yang dihasilkan, Syarikat Mamas Food Sdn. Bhd memberi kepercayaan kepada Ahba3m ( Media, Marketing & Motivation ) untuk mereka design konsep penjenamaan syarikat Mamas.Food Industries. Kerjasama ini termasuklah pembentukan logo bagi semua produk Mamas Food serta aspek yang melibatkan pengiklanan seperti banting, flayers dan papan tanda.
Mendalami ilmu serta pentingnya aspek pemasaran dalam sesuatu bisnes seperti apa yang dipelajari dari mentor pemasaran dan jurulatih keusahawanan yang hebat Dr. Azizan Osman dalam siri Seminar yang disertai. Kami di ahba3m ( Media, Marketing & Motivation ) yang sememangnya terlibat dalam perniagaan percetakan, menawarkan kepakaran kami dalam bidang pembentukan konsep penjenamaan syarikat, produk, logo, penyediaan blog, website serta kaedah pemasaran interaktif online menggunakan facebook. Kekuatan kami adalah apabila pasukan ahba4u juga memiliki anak syarikat AHBA Niaga yang terlibat dalam perniagaan pembuataan papan tanda, percetakan stiker, label, flayers, business kad dan sebagainya.
Kerjasama antara Mamas Food Industri dengan Ahba3M juga termasuk khidmat perunding nasihat dalam aspek pemasaran produk mengikut perancangan yang dicadangankan. Ianya adalah selari dengan plan tindakan pemasaran yang dimeterai dan dipersetujui bersama antara kedua belah pihak. Kami di Ahba3M mengucapkan syabas dan tahniah kepada Syarikat Mamas Food Industri atas kepercayaan kepada kami. Kami juga berharap agar syarikat Mamas Food mampu melonjakkan jenama serta impak perkembangan perniagaan ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan BANTUAN kepakaran kami, sama ada syarikat koporat , usahawan yang mahu melihat produknya mempunyai nilai jenama yang berkualiti, bolehlah berhubung dengan Pegawai Perunding Marketing Ahba3m di alamat
Ahba3M ( Media, Marketing & Motivation )
Lot No 8-2 Tingkat 2,
Likas Plaza, 88400
Kota Kinabalu. Sabah.
Tel 088-389320 HP : 017-8355494 ( Mr. Tomy )
Like kami di www.facebook.ahba3m
#Admin
![]() |
Cadangan: Sticker Stim Box MAMAs di restoran sekitar Kota Kinabalu |
Selamat tengahari MAMA FOOD IND macam mana boleh saya hubungi pihak tuan saya mahu order pau untuk kenten saya
ReplyDeletesekian dan terima kasih.
murin talip
0109349244 Off 088-720249