Thursday, 3 October 2013

SEJERNIH DAN SELUAS MANA TASIK JIWAKU



SEJERNIH DAN SELUAS MANA TASIK JIWAKU..

Setiap individu mempunyai " Tasik Jiwa ".serta berlainan sifat " Tasik Jiwanya. Sama ada bersih atau luasnya " Tasik Jiwa " bergantung kepada perlakuan, pemikiran dan tingkahlaku seseorang individu. " Tasik Jiwa " yang bersih akan menyumbang kepada penyuburan minda serta emosi yang positif, serta merangsang perlakuan dan tindakan-tindakan  positif pada diri seseorang.

Manakala " Tasik Jiwa " yang kotor dan berkelodak terhasil dari perlakuan-perlakuan negatif seperti pertuturan yang berunsur amarah, hasad dengki mahu pun minda yang negatif.

Tindakan untuk memastikan " Tasik jiwa" itu bersih serta memperluaskannya  adalah satu proses yang berterusan tanpa henti. Ini dapat dilakukan dengan menyuburkan dengan perlakuan-perlakuan positif mutminnah sama ada dengan pertuturan, tingkahlaku mahu pun gerak hati seperti memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, memperbanyakkan sedekah, mempergiatkan naluri suka memberi pertolongan atau bantuan dengan ikhlas kepada orang lain yang memerlukan. Hatta melontarkan senyuman serta menghulurkan salam pada sesiapa yang ditemui adalah sekecil-kecil perlakuan positif sebagai resipi  tambahan untuk meningkatkan tahap bersih dan luasnya " Tasik Jiwa" seseorang individu.
" Tasik Jiwa " yang bersih akan memudahkan diri untuk menzahirkan tahap FOKUS yang tinggi serta menyumbang kepada impak optimum dalam meningkatkan hubungan Aura, Minda, Jiwa dan Roh kepada Yang Maha Esa.
Dapatan ini, InsyAllah  akan mendapat redaNYA seiring dengan ketentuanNYA  dan melancarkan apa jua tindakan yang kita mahu rancang dan lakukan serta mudah untuk mendapatkan restu dan perkenan dariNYA melalui saluran DOA yang ikhlas dan berterusan kepadaNYA.

InsyAllah. amin
Pesan Mentor saya : " Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita tutur dan apa yang kita buat semuanya adalah doa "  Dr.AzizanOsman.
#ahbamoktar




No comments:

Post a Comment